Tuesday, February 1, 2011

Hampa

Saya suka dia.. Tutur katanya sopan, bicaranya santai. Dia berkeyakinan tinggi dan berjaya dalam kerjaya dan pelajarannya. Dulu pun saya pernah suka dia. Masa tu kami sama-sama di menara gading. Sayangnya masa tu dia dah 'terikat' dengan sahabat baik saya. Saya mengalah, berundur. Best man win.. beb. Malang sungguh, kasih mereka putus di tengah jalan. Kesian dia.. dia merana. Tapi dia memang tabah. Lama dia menyendiri dengan dunia dia. Walaupun hatinya luka, dia terus tersenyum. Walaupun merana, dia tetap ceria. Itu yang menarik tentang dia. Dan sekali lagi saya sukakan dia. Saya simpan perasaan ini jauh di dalam hati. Mama tau, dan saya tak pernah sembunyikan betapa sukanya saya kepada dia daripada pengetahuan mama. Saya tahu, mama juga sukakan dia. Keramahannya, sopan santunnya, budi bahasanya. Dia anak yang baik. Kasih kepada orang tua, sayang kanak-kanak. Darlina pun suka kepadanya. Saya, ayah Darlina bertambah-tambahlah lagi kasih kepada dia. Sayang dia tak tahu. Saya tak punya cukup keberanian untuk memberitahu dia tentang perasaan ini. Sejak dulu hingga kini perasaan itu semakin mendalam. Sayang.. saya terlambat setiap kali. Sedang saya berkira-kira memberitahu tentang perasaan kepadanya, dia datang dengan perkhabaran gembira namun duka buat saya. Dia telah berpunya dan bakal melangsungkan hari bahagianya April nanti. Alangkah bertuahnya bakal suaminya.. sayang saya terlambat lagi buat kesekian kalinya. Moga kali ini dia akan bahagia selamanya dan tidak akan disia-siakan. Dia terlalu baik utk disakiti. Dia istimewa dan sangat memahami. Saya pohonkan doa agar hidupnya bahagia sampai bila-bila. Maaf kerana saya selalu terlewat meluahkan rasa hati ini. Namun jalinan dan persahabatan ini amat saya hargai dan akan kekal selama-lamanya. Friends forever!

Saturday, November 27, 2010

Lagu Retro

Dah lama rasanya saya tak layan lagu2 jiwang karat dan merapu ni.. lama.. sejak Rina tinggalkan saya dan Darlina meneruskan hidup tanpa dia. Dengar radio memanglah saya dengar tapi tak berapa nak hayati lagu2 apatah lagi lirik yg sedih2 ni. Malas rasanya.. banyak lagu yg membuatkan saya terkenangkan Rina. Lagu Masihkah Kau Ingat memang dia cukup suka. Sampai sekarang saya masih 'phobia' dengar lagu tu. Sampaikan ada masanya saya tutup radio walaupun Darlina merengek nak dengar lagu arwah mamanya tu. Tak lama dulu saya berpeluang bertemu dengan kawan baik Rina, Izan. Tak sangka waktu begitu pantas berlalu. Diam tak diam dah 6 tahun Rina tinggalkan saya. Izan selalu nasihatkan saya supaya tabah membesarkan Darlina. Dia memang kawan yang baik. Kawan Rina dan juga kawan saya. Izan ni suka betul lagu2 retro.. dia lah yang sibuk2 promote lagu retro kat Sinar fm tu. Mulanya saya tak minat sangat iyelah kerja macam saya ni mana ada masa layan lagu2 jiwang pulak tu. Tapi lama2 best jugak lagu2 lama ni.. saya terhibur jugak bila dengar celoteh Salleh Yaakob pagi2 tu terutama lagu merapu. Relaks sikit otak melayan lalulintas KL yg traffic jam dia boleh buat hangin satu badan. Terima kasih to my dear Izan. You are my inspiration..